Notis Privasi

NOTIS PRIVASI

Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd, subsidiari, bersekutu, entiti yang dikawal bersama, gabungannya (yang termasuk Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Holdings Sdn Bhd dan Gamuda Water Sdn Bhd, subsidiari, bersekutu, entiti yang dikawal bersama, gabungan mereka masing-masing; Gamuda Berhad, Kumpulan Syarikat Gamuda dan Kumpulan Syarikat Gamuda bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungan) dan mana-mana syarikat dimana anda telah/akan ditukarkan sementara (“seconded”) /dipindahkan (secara kolektifnya “Kumpulan”) termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang disebut dalam Jadual Pertama kepada Notis Privasi ini, menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Notis Privasi dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Notis Privasi ini, “Data Peribadi” hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Untuk tujuan Notis Privasi ini, terma “kami” akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan “anda” akan merujuk kepada anda dan/atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda dimana anda memberikan maklumat Data Peribadi.
A. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:-

a) maklumat yang dikumpul apabila anda mendaftar atau mengemaskini profil dalam talian atau apabila anda mengisi atau mengemaskini apa-apa maklumat dengan kami, yang mungkin termasuk data peribadi seperti gambar, nama dan butir-butir hubungan anda;

b) maklumat yang dikemukakan kepada kami dalam apa jua borang eletronik atau dokumen melalui Laman Web Kumpulan ini, termasuk dokumen-dokumen identiti serta bukti alamat anda;

c) maklumat yang dimasukkan atau diserahkan kepada kemudahan dalam talian seperti alat carian dan kalkulator;

d) personalisasi utama yang anda pilih semasa anda menggunakan Laman Web Kumpulan ini;

e) maklumat yang dikemukakan jika anda mengambil bahagian dalam tinjauan atau pertandingan sama ada melalui dalam talian atau selainnya;

f) apa-apa mesej atau komen yang anda serahkan kepada kami melalui Laman Web Kumpulan ini atau melalui apa jua cara, yang mungkin termasuk data peribadi seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon; dan

g) informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah.

B. TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI

1. Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Kumpulan, sama ada melalui talian atau sebaliknya, anda dengan ini membenarkan Kumpulan mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:

a) memberikan anda dengan perkhidmatan atau manfaat di bawah mana-mana perniagaan dan/atau polisi Kumpulan; dan/atau

b) pemprosesan permohonan anda di bawah mana-mana program Kumpulan; dan/atau

c) jika berkenaan, pemasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, mana-mana pengiklanan dan/atau bahan promosi dan/atau bahan komersial kepada anda (termasuk emel, khidmat pesanan ringkas atau cara-cara lain) dan/atau digunakan, memberikan dan/atau memperbaiki perkhidmatan syarikat, prosesan invois dan bayaran (termasuk bayaran dengan kad) dan memberi perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan Kumpulan dengan anda dan/atau dengan orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda; dan/atau

d) menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau

e) menjalankan prosedur sepadan menurut undang-undang; dan/atau

f) melaksanakan statistik analisa untuk pelbagai objektif di dalam Kumpulan dan memberikan maklumat ini kepada Kumpulan; dan/atau

g) di mana anda telah memberikan resume anda, mempertimbangkan anda untuk apa-apa kerja yang mungkin wujud dalam Kumpulan; dan / atau

h) tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan, rekod simpanan atau penambahan perniagaan Kumpulan serta untuk tujuan yang berkenaan untuk menyokong dan/atau membantu mana-mana perniagaan Kumpulan atau Laman Web Kumpulan ini ; dan/atau

i) setakat mana dikehendaki oleh undang-undang, di mana Kumpulan menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian adalah perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana Kumpulan mengesyaki telah, sedang atau mungkin akan terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau

j) membantu Kumpulan atau di mana pihak ketiga memperolehi atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat dalam Kumpulan; dan/atau

k) di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsi atau perkhidmatan yang diminta oleh Kumpulan; dan/atau

l) membolehkan Kumpulan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menjalankan fungsinya atau obligasinya sepertimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh kerajaan atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk memastikan pelaksanaan mana-mana terma-terma perjanjian ataupun dokumen; dan/atau

m) di mana pihak ketiga memerlukannya untuk pihak ketiga tersebut menyediakan dan menyerahkan mana-mana tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan;

n) tujuan yang berkaitan dengan menguatkuasakan hak Kumpulan mengikut mana-mana surat, perjanjian dan/atau dokumen termasuk mendapatkan nasihat undang-undang dan nasihat kewangan, mengambil langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau

o) jika anda memohon untuk biasiswa, selain daripada tujuan seperti yang dinyatakan disini, untuk mempertimbangkan dan menilaikan kelayakan anda untuk biasiswa yang mungkin diberikan oleh Kumpulan dan jikalau anda berjaya, untuk penyediaan dan tandatangan perjanjian dan dokumen yang relevan serta pentadbiran biasiswa; dan/atau

p) jika anda memohon sebagai seorang pelatih atau dilantik sebagai seorang pelatih, selain daripada tujuan seperti yang dinyatakan disini, untuk mempertimbangkan dan menilaikan kelayakan anda dan jikalau anda berjaya, untuk penyediaan dan tandatangan perjanjian dan dokumen yang relevan serta pentadbiran pelantikan anda sebagai pelatih; dan/atau

q) membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau melalui undang-undang dan/atau

r) tujuan yang berkaitan pentadbiran, pengurusan dan/atau penguatkuasaan transaksi komersial dan hubungan dan komunikasi dengan anda dan/atau dengan orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda.

2. Kami boleh sama ada menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, media sosial atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.

C. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN

1. Anda selanjutnya bersetuju bahawa Kumpulan boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar negara) di antara mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan/atau kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada institusi pendidikan dan penilai luaran (“external”) untuk biasiswa atau kepada mana-mana syarikat dimana anda telah/akan ditukarkan sementara (“seconded”) /dipindahkan, ejen, konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat bersekutu Kumpulan, mana-mana pihak authoriti, kedutaan, badan statutori, badan regulatori, mana-mana organisasi, mana-mana institusi kewangan berkenaan, seseorang yang lain dibawah tugas kerahsiaan terhadap Kumpulan atau mana-mana syarikat di dalam Kumpulan, mana-mana referi yang butir-butirnya diberikan oleh anda, mana-mana syarikat di dalam Kumpulan (termasuk yang ditubuhkan atau diperbadankan di masa depan), pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli samaada sebenar atau yang dicadangkan bagi apa-apa hak syarikat dalam Kumpulan, pembekal perkhidmatan (termasuk mereka yang membantu kami dalam penyediaan Laman Web Kumpulan ini), untuk keperluan operasi, pentadbiran pembangunan Kumpulan dan organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program kesetiaan dan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan Data Peribadi itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak Kumpulan .

2. Kumpulan menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikenalpasti bukan secara peribadi yang dikumpul oleh kami sebagai sebahagian daripada proses Kumpulan sentiasa memperbaiki Laman Web Kumpulan ini, perniagaan kami dan/atau perniagaan Kumpulan.

D. KESAN KETIADAAN PERUNTUKAN DATA PERIBADI

1. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan, atau tidak memuaskan kepada Kumpulan maka permohonan atau permintaan anda kepada Kumpulan bagi apa-apa tujuan di atas seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas mungkin tidak boleh diterima atau bertindak keatasnya atau permintaan anda untuk melayari beberapa maklumat dalam Laman Web Kumpulan ini mungkin akan dinafikan atau Kumpulan tidak akan dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dan/atau perkhidmatan dan/atau melaksanakan obligasi-obligasinya dibawah apa-apa kontrak yang bakal ditandatangani ataupun yang kontrak yang sedia ada.

E. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI

1. Data Peribadi anda hendaklah disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat Kumpulan atau disimpan di dalam server yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh Kumpulan atau pembekal perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.

2. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh Kumpulan selama yang perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau diperlukan untuk memenuhi mana-mana keperluan regulatori di sisi undang-undang dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Kumpulan.

3. Kumpulan tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian bagi anda untuk memadam Data Peribadi yang dipegang oleh Kumpulan.

F. BAGAIMANAKAH KAMI MENGENDALIKAN E-MEL DAN MESEJ “HUBUNGI KAMI”

1. Kumpulan boleh megekalkan kandungan mana-mana e-mel atau “Hubungi Kami” atau mesej elektronik lain yang diterima oleh Kumpulan.

2. Sebarang data peribadi yang terkandung di dalam mesej tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan dengan cara yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

3. Kandungan mesej boleh dipantau oleh pembekal perkhidmatan atau pekerja-pekerja Kumpulan untuk tujuan termasuk pematuhan, pengauditan dan penyelenggaraan atau di mana penyalahgunaan e-mel disyaki.

G. DATA KOMUNIKASI ATAU PENGGUNAAN

1. Melalui penggunaan perkhidmatan telekomunikasi anda untuk melayari Laman Web Kumpulan ini, data komunikasi anda (contohnya Alamat protokol internet) atau data penggunaan (contohnya maklumat awal, akhir dan tahap setiap akses, dan maklumat mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang anda mengakseskan) dijanakan secara teknikal dan mungkin dipercayai berkaitan dengan Data Peribadi.

2. Setakat terdapat satu keperluan yang menambat perhatian, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau data penggunaan anda akan berlaku dan akan dilakukan selaras dengan Akta.

H. DATA BUKAN PERIBADI DIKUMPUL SECARA AUTOMATIK

1. Semasa anda melayari Laman Web Kumpulan ini, Kumpulan boleh secara automatik (iaitu, bukan melalui pendaftaran) mengumpul data bukan peribadi (contohnya jenis browser Internet dan sistem operasi yang digunakan, nama domain laman web dari mana anda datang, jumlah kunjungan, purata masa yang dihabiskan di laman web, muka surat yang dilihat).

2. Kumpulan boleh menggunakan data ini dan berkongsi dengan yang lain di Kumpulan untuk memantau daya tarikan Laman Web Kumpulan ini dan meningkatkan prestasi atau kandungan mereka.

I. COOKIES

1. Apabila anda melihat Laman Web Kumpulan ini, Kumpulan boleh menyimpan beberapa data pada komputer anda dalam bentuk “cookie” untuk mengiktiraf komputer peribadi anda secara automatik pada masa depan anda melayari.

2. Cookies boleh membantu kami dalam banyak cara, contohnya, membenarkan kami menyesuaikan laman web untuk sepadan dengan minat anda atau menyimpan kata laluan anda untuk menyelamatkan anda setiap kali dari memasukkan semula.

3. Jika anda tidak ingin menerima cookies, sila konfigurasi browser Internet anda untuk memadam semua cookies dari hard drive komputer anda, menyekat semua cookie atau untuk menerima amaran sebelum cookie disimpan.

J. PEMOHON-PEMOHON PEKERJAAN

1. Data Peribadi yang diberikan berkaitan dengan permohonan untuk pekerjaan akan digunakan untuk menentukan kesesuaian anda bagi suatu jawatan dalam Kumpulan dan, sekiranya berkenaan, terma-terma pekerjaan atau pelantikan anda.

2. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan dari referee anda untuk penggunaan dan pendedahan Data Peribadi referee anda kepada Kumpulan dan Kumpulan berhak mengunakan Data Peribadi referee anda mengikut Notis Privasi ini.

3. Data Peribadi anda juga boleh digunakan untuk memantau inisiatif perekrutan Kumpulan dan dasar-dasar peluang yang sama.

4. Butir-butir Data Peribadi anda akan didedahkan kepada pihak ketiga untuk mengesahkan atau mendapat maklumat tambahan termasuk institusi pendidikan, majikan semasa/sebelumnya dan agensi rujukan kredit. Agensi rujukan kredit merekodkan carian tersebut dan anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui agensi yang kami digunakan.

5. Permohonan tidak berjaya akan disimpan untuk peluang pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran anda pada masa akan datang.

K. KERAHSIAAN

1. Data Peribadi yang dipegang oleh Kumpulan akan dirahsiakan menurut Notis Privasi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau diberikan kepada kami dengan apa jua carapun (termasuk yang dihantar atau diposkan di Laman Web Kumpulan ini) akan dianggap diberi kepada Kumpulan secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.

3. Kumpulan berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengepos tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan dalam (C) di atas.

L. KESELAMATAN DATA PERIBADI

1. Kumpulan menggunakan beberapa mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.

2. Bagi internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Oleh itu sementara Kumpulan berusaha untuk melindungi Data Peribadi itu, Kumpulan tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada Kumpulan dan individu berbuat demikian atas risiko sendiri. Sebaik sahaja mana-mana Data Peribadi menjadi milikan Kumpulan, Kumpulan akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.

3. Nama pengguna dan kata laluan mungkin mustahak untuk anda menggunakan beberapa bahagian Laman Web Kumpulan ini. Untuk perlindungan anda sendiri, Kumpulan memerlukan anda untuk merahsiakan dan menukar kata laluan anda secara kerap (jika perlu).

M. PEMINDAHAN DATA PERIBADI

1. Disebabkan dasar globasasi perniagaan Kumpulan, Kumpulan mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain dalam Kumpulan (yang mungkin berada di luar negara) atau kepada mana-mana pihak yang berada di luar negara (termasuk negara yang mempunyai regim perlindungan hak data peribadi yang berbeza daripada negara dimana anda berada). Apa-apa Data Peribadi yang dipindahkan akan digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas.

N. PENGHUBUNG

1. Laman Web Kumpulan ini mungkin mengandungi penghubung ke laman dan halaman lain. Dengan mengaktifkan suatu penghubung, seperti contohnya dengan mengklik pada panji pengiklan, anda meninggalkan Laman Web Kumpulan ini dan Kumpulan tidak melaksanakan kawalan ke atas mana-mana Data Peribadi atau apa-apa maklumat lain yang anda berikan kepada mana-mana entiti lain selepas anda meninggalkan Laman Web Kumpulan ini.

O. HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI

1. Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh Kumpulan atas pembayaran fi yang ditetapkan dan memohon pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan, tertakluk kepada sebarang sekatan di bawah undang-undang serta syarat-syarat kontrak/pekerjaan.

2. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetujuan/kebenaran anda kepada Kumpulan bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut:

Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan/atau Kumpulan

Alamat : 34-36 Jalan SS22/21, Damansara Jaya,

47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Wakil Pengendalian : Pengurus Besar

Emel : info@splash.com.my

Tel No : 03-77292928

3. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarikbalik kebenaran/persetujuan anda, Kumpulan masih boleh terus memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan-keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan seperti yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak/pekerjaan.

4. Kumpulan berhak untuk mengenakan fi yang munasabah untuk memproseskan mana-mana permohonan.

P. DATA PERIBADI YANG DIBERIKAN OLEH ANDA

1. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang dan/atau syarikat yang diwakili oleh anda untuk memberikan Data Peribadi mereka masing-masing kepada kami untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas.

Q. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI

1. Kumpulan berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kumpulan menasihatkan supaya anda menyemak Notis Privasi ini di Laman Web Kumpulan kami dengan tetap.

JADUAL PERTAMA

NAMA-NAMA SYARIKAT

1. Harum Intisari Sdn Bhd

2. Hicom Gamuda Development Sdn Bhd

3. Horizon Hills Development Sdn Bhd

4. Gamuda Land Vietnam Limited Liability Company

5. Gamuda-NamLong Developmenty Limited Liability Company

6. Sai Gon Thuong Tin Tan Thang Investment Real Estate Joint Stock Company

7. Valencia Development Sdn Bhd

8. Valencia Township Sdn Bhd

9. Rebung Property Services Sdn Bhd

10. Madge Mansions Sdn Bhd

11. Setara Hati Sdn Bhd

12. Gamuda Land (HCMC) Sdn Bhd

13. Idaman Robertson Sdn Bhd

14. Gamuda Land Sdn Bhd

15. Reka Strategi Sdn Bhd

16. Gamuda Paper Industries Sdn Bhd

17. Jade Homes Sdn Bhd

18. Megah Landscape Sdn Bhd

19. Jade Homes Resort Berhad

20. Jade Homes Property Services Sdn Bhd

21. Bandar Botanic Resort Berhad

22. Botanic Property Services Sdn Bhd

23. GL (MM2H) Sdn Bhd

24. Temasek Ekslusif Sdn Bhd

25. Gamuda GM Klang Sdn Bhd

26. Gamuda GM Sdn Bhd

27. HGD Property Services Sdn Bhd

28. Horizon Hills Property Services Sdn Bhd

29. Danau Permai Resort Berhad

30. Horizon Hills Resort Berhad

31. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd

32. Mapex Infrastructure Private Limited

33. Emas Expressway Private Limited

34. Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd

35. Madang Permai Sdn Bhd

36. Kesas Sdn Bhd

37. Gamuda Water Sdn Bhd

38. Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd

39. Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd

40. Gamuda Engineering Sdn Bhd

41. Masterpave Sdn Bhd

42. Ganaz Bina Sdn Bhd

43. Gamuda Saudi Arabia L.L.C.

44. Gamuda-WCT (India) Private Limited

45. MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd

46. MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd

47. MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd

48. Gamuda Trading Sdn Bhd

49. G.B. Kuari Sdn Bhd

50. Megah Management Services Sdn Bhd

51. Megah Sewa Sdn Bhd

52. GPI Trading Sdn Bhd

53. Dyna Plastics Sdn Bhd

54. Gamuda Overseas Investment Ltd

55. Megah Capital Sdn Bhd

56. Gamuda (Offshore) Private Limited

57. Gammau Construction Sdn Bhd

58. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd

59. Gamuda-WCT (Offshore) Private Limited

60. Suria Holding (O) Pvt Ltd

61. Project Smart Holdings Sdn Bhd

62. Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd

63. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd